Exchange Link

Nov 3, 2012

Daftar atau kemaskini borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) secara online

papa call aku tadi suruh isi borang BR1M ni online.. aku pun tak tau la pulak yg boleh isi online.. so dgn pantasnya aku bukak internet dgn niat yg satu tu.. cewahh!
google punya google, aku pun jumpa la website utk isi BR1M ni..
https://ebr1m.hasil.gov.my/
so, korang rasa korang layak tak apply? aku layak utk bantuan RM250 tu je la.. syarat2 kelayakan adalah seperti kat bawah ni ye:
  •   Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
                  isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan RM3,000 dan ke bawah.
  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
                  dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

tapi korang jgn tipu maklumat dah la ye..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails